Namun bertukar agama bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih buat Stacy yang beragama Kristian sejak dari kecil. Menurut Stacy, andainya dirinya memeluk Islam satu hari nanti, ia adalah ikhlas dari hati dan bukannya kerana mahu berkahwin dengan Akim. Kata Stacy kepada MalaysianDigest:-
Ia perkara yang sensitif. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih apatah lagi melibatkan hal agama. Tapi kalau satu hari nanti ditakdirkan saya memeluk Islam, saya akan buat dari hati saya. Ikhlas dari hati saya sendiri dan bukan sebab sesiapa.
Kalau berjumpa, kami selalu juga bertanyakan pada dia (Akim) dan kami masing-masing berkongsi perihal agama masing-masing. Dari situ saya baru tahu, oh agama saya sebenarnya tidak banyak beza pun dengan Islam.
Kalau dulu semasa tinggal di kampung, pergaulan saya terhad dan orang sekeliling kebanyakannya penganut Kristian. Tapi apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam.Kerana itu juga saya berasa kagum semakin berminat untuk mengetahui tentang agama Islam
Bagus pendirian Stacy ini. Respek Abang Nara. Sebaik-baiknya biarlah Stacy mendalami Islam dengan kerelaan hati. Lebih manis jika bertukar agama kerana kemahuan diri sendiri. Abang Nara percaya dalam diam Akim ada juga mengajar Stacy serba sedikit mengenai Islam. Semoga satu hari nanti hati Stacy akan terbuka sepenuhnya. Sama-samalah kita doakan.
sumber: http://beautifulnara.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment