Idea kreatif yang melampau oleh seorang seniman berasal dari Miami. Ia melakukan liposuction kemudian menggunakan lemak dari tubuhnya itu untuk membuat sabun mandi.
Lemak hasil liposuction Orestes de la Paz itu dibentuk menjadi 20 batang sabun saiz normal. Orestes membuat sabun dari lemak tubuh yang sudah dikeluarkan pada Disember 2012. Ia mendakwa sabun tersebut mengandungi 25 peratus lemak dan mempunyai aroma lavender serta tea tree.
Orestes mengaku idea murahannya ini didapatinya dari tesis penelitian bahawa ramai orang rela melakukan apa-apa demi kecantikan. Salah satunya adalah membeli produk kecantikan yang mengandungi bahan-bahan dari makhluk hidup, misalnya uri. Sedangkan sabun lemak miliknya dijual US $ 1000 bagi setiap batang.
Hasil eksperimen Orestes ini dipamerkan di Muzium Frost Miami dan ia mengajak orang ramai mencubanya. Beberapa orang berani mencuci tangannya dengan sabun tersebut dan hasilnya terasa lembut. "Ramai yang diantara mereka tidak merasa jijik dengan produk ini walaupun selepas menonton video pembuatannya," ucap Orestes.
"Selalu ada darah, peluh dan air mata dalam setiap karya apapun. Kali ini aku hanya membuatnya lebih jelas," ujar Orestes yang juga mencabar Lady GaGa untuk cuba sabun lemaknya itu. "Aku mencabar Lady Gaga untuk cuba sabunku ini.
sumber:dairishare
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment