Kini, wartawan gosip mula memburu Johan sehinggakan dia tak senang duduk, bahkan panggilan telefon juga dikatakan tidak berjawab. Ada juga dikalangan penulis/wartawan menganggap Johan seperti bersifat keanak-anakan dan tidak serius dalam menilai soal cinta.
Johan sebaliknya hanya menjawab beberapa soalan secara ringkas melalui mesej yang dikirim melalui aplikasi WhatsApp.
“Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu.
“Dalam perjalanan yang masih jauh, sudah tentu saya akan bertembung dengan perkara-perkara sebegini. Ia seperti menjadi pengajaran kepada saya dalam menempuhi masa akan datang.
“Jodoh dan pertemuan di tangan Allah, sudah tentu saya tidak dapat lari daripada takdir ini,” jelasnya menerusi WatsApp yang dibalas kepada penulis.
Ketika ditanya mengenai apakah status sebenar wanita itu dihatinya, Johan menyatakan, dia hanya menganggap Lana sebagai kawan biasa.
“Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja.
“Apa yang saya boleh katakan juga, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya,” jelas Johan lagi.
Dalam pada itu, Johan yang kini sedang sibuk dengan teater Bahayanya Wanita di Istana Budaya memberitahu, dia langsung tidak berniat untuk menjaja kisah hubungan cintanya untuk meraih publisiti.
Dia turut menolak dakwaan mengatakan dirinya merupakan artis yang dahagakan perhatian sehingga sering melakukan tindakan di luar jangkaan.
“Percayalah, walaupun saya memerlukan publisiti, saya tidak bermaksud mempergunakan hubungan cinta saya untuk tujuan dikenali orang ramai.
“Insya-Allah selepas ini, saya tidak akan terburu-buru dalam mencari jodoh. Namun, kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
“Sebagai manusia, kita hanya merancang tetapi Allah sahaja yang layak untuk menentukan,” ujarnya lagi.
Johan barangkali lupa, sewaktu pertama kali tersebar berita tentang hubungan tiga harinya bersama Lana, dia memberitahu media bahawa dia telah melamar Lana dan merancang untuk menikahi wanita itu pada tahun depan.
#Nampaknya wartawan mulai "panas" dengan Johan As'ari.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment