Sebelum ini kita masih teragak agak dan berspekulasi tentang hubungan cinta Zizan dengan Emma Maembong yang mula menguntum.
Jika sebelum ini kecoh di media sosial dan blog blog hiburan tentang hadiah minyak wangi berjenama dan kegembiraan Zizan bila Emma bertudung.
Menurut wartawan Hiburan Metro Ahad, Rudy Samsuddin (RJ), beliau sendiri berkesempatan melihat aksi mesra sewaktu Emma menemani Zizan membuat latihan teater “Bahayanya Wanita” yang bakal dipentaskan di Istana Budaya 31 Disember ini.
Zizan sendiri tanpa perasaan segan silu memanggil Emma dengan panggilan “sayang” dihadapan semua pelakon yang menjalani sisi latihan teater tersebut.
Menurut RJ lagi, Zizan kali ini berani untuk tampil bersama Emma dan mengakui mencintai pelakon yang mula dikenali menerusi drama “Kau Yang terindah”.
Sewaktu Zizan dengan Juliana Evans, tidak pula Zizan bersikap sebegitu walaupun satu dunia tahu Zizan dan Juliana Evans sedang bercinta malah mereka lebih senang menafikan dengan mengatakan hubungan yang terjalin tidak lebih dari teman rapat.
Kata Zizan waktu itu, bukannya mereka tidak mahu mengaku, tetapi bimbang disalah ertikan kerana hubungan mereka tidak ada ketentuan.
Benar seperti yang disangkakan apabila Juliana mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dan terpaksa berpisah.
Memang orang kata cinta jarak jauh boleh diteruskan tetapi dugaan dan cabaran cinta jarak jauh sangatlah besar.
Sebelum sebarang masalah timbul, Zizan dan Juliana terpaksa mengambil keputusan agar mereka terus bersahabat dan melupakan hubungan yang terjalin.
Kata Zizan, dia memang sedih waktu itu tetapi dalam masa yang sama harus berkorban demi cita cita Juliana Evans. Tidak sangka pula sekian lama bersendiri, dia bertemu Emma yang bernaung dibawah satu syarikat pngurusan yang sama.

sumber: http://braderpanas.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment