#PISA Kurang Menyengat, Ariana Rose Bakal Hit?

[x]

#PISA Kurang Menyengat, Ariana Rose Bakal Hit?

on Friday 27 December 2013


Sejak drama bersiri popular Love You Mr Arrogant yang pernah menjadi fenomena tak lama dahulu tamat siarannya, ramai yang tidak berpuas hati apabila sebuah lagi siri adaptasi novel, Playboy Itu Suami Aku(#PISA) menggantikan slot Akasia tersebut.

Daripada kebanyakan respon yang diberikan penonton, rata-ratanya tidak berpuas hati dengan pemilihan pelakon terutama sekali watak utamanya yang dikatakan kurang berbakat.

Malah sebaik sahaja PISA melabuhkan tirainya semalam, ramai pengikut drama tempatan di Twitter bersorak gembira. Walaupun respon tersebut agak mendukacitakan buat mereka yang menjayakan PISA, tapi itulah hakikat yang terpaksa mereka telan.



Bagaimanapun, sebuah drama bersiri baru berjudul Ariana Rose yang akan menggantikan PISA dikhabarkan mampu mencipta fenomena tersendiri.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved