Kami Tak Pernah Halang Johan & Lana Bercinta – Kakak Johan As’ari

[x]

Kami Tak Pernah Halang Johan & Lana Bercinta – Kakak Johan As’ari

on Friday, 27 December 2013

 Berliku sungguh kisah cinta Johan As'ari dengan Lana Nordin nie. Kejap kata keluarga tak restui/halang hubungan mereka tetapi di pihak keluarga kata mereka tak pernah halang.

Menurut laporan dari Berita Harian, kakak Johan iaitu Farah Alya As’ari memaklumkan yang keluarga mereka tidak menghalang percintaan adiknya dan Lana.

Sebaliknya pihak mereka hanya menasihati agar Johan As'ari terlebih dulu mengenali hati budi Lana Nordin sebelum mereka membuat keputusan untuk berkahwin.

Kami tidak menghalang Johan dan Lana bercinta. Cuma kami terkejut kerana dia membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Lagi pun kami belum pernah bertemu dengan Lana. Kalau boleh, perkenalkan teman wanitanya itu kepada keluarga sebelum dia buat apa-apa keputusan.

Kami sekeluarga tidak pernah memberi tekanan atau memaksa Johan putuskan hubungan dengan Lana, dia sendiri yang membuat keputusan itu. Saya terkejut dengan keputusannya itu kerana Johan tidak pernah bercerita masalahnya. Setiap kali kami berhubung melalu khidmat mesej dalam group keluarga, Johan tidak bercakap mengenai Lana.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved