Persaraan Justin Bieber Sangat Dialu-alukan?

[x]

Persaraan Justin Bieber Sangat Dialu-alukan?

on Friday 27 December 2013


Sewaktu kebanyakan peminatnya sedang bergembira meraikan hari natal, Justin Bieber pula seperti merosakkan perayaan itu dengan mengumumkan berita persaraannya secara rasmi di Twitter semalam.

Walaupun perkara ini telah mula menjadi perbualan hangat sejak beberapa minggu lepas, namun peminat tegar Bieber seolah-olah masih tidak dapat menerima kenyataan itu.

Tetapi bukan semua begitu ya, ada juga yang bersorak gembira dan mengatakan pengumuman yang dibuat oleh penyanyi berusia 19 tahun itu merupakan hadiah krismas terbaik tahun ini.

Seperti yang pembaca semua ketahui, kerjaya seni Bieber yang dimulakan sejak dari usianya 12 tahun lagi telah diuji dengan pelbagai kontroversi melibatkan masalah disiplin oleh remaja tersebut sendiri.

Bukan satu atau dua kes jenayah yang dibuatnya, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita mengenai dirinya dan pengawal peribadi mengasari orang lain termasuklah kes-kes lain.

Menerusi salah satu kemaskini Bieber yang dibuat selepas berita persaraannya, bekas kekasih Selena Gomez itu turut mengatakan media telah banyak membuat penipuan untuk menjatuhkannya.
sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/










Namun begitu, Bieber masih berharap para Belieber tetap memberi sokongan dan mengatakan akan selalu ada untuk peminatnya.




Sementara itu pengurusnya, Scooter Braun melaporkan ingin memberi tempoh berehat selama setahun kepada penyanyi itu kerana telah bekerja keras sejak lebih kurang tujuh tahun yang lalu.




Jadi, bagaimana? Adakah anda rasa berita ini merupakan salah satu gimik untuk mengekalkan popularitinya atau Bieber sememangnya berputus asa untuk terus berada di dalam industri hiburan?




Sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved