Untuk makluman anda, Lisdawati kini sudah pun berusia 35 tahun. Menariknya kehamilan kali ketiga ini menyaksikan Lisdawati agak “moody” dan alahan. Kata Lisdawati kepada Sinar Harian:-
Saya alami alahan yang agak teruk kali ini, makan agak memilih dan makanan yang saya makan mesti masih panas. Saya juga agak ‘moody’ tetapi saya cuba kawal kerana masih bekerja dan sibuk dengan tugasan harian.
Walaupun hamil empat bulan kini, saya tidak ada masalah untuk berlakon dan ‘menyorokkan’ perut kerana bila bertudung, baju lebih longgar, jadi tak nampak sangat.
Semoga segalanya berjalan lancar buat Lisdawati dan keluarga untuk kehamilan kali ini. Jangan kerja berat sangat. Pastikan dapat rehat yang secukupnya. Yang penting, jangan lupa makan minum walaupun sedang sibuk menjalani penggambaran drama. Tahniah sekali lagi buat Lisdawati dan Fauzi Nawawi atas kehamilan ini.
Sumber: http://beautifulnara.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment