Dialog 'Bahayanya Wanita' Tidak Sesuai Untuk Kanak-Kanak- KP Istana Budaya

[x]

Dialog 'Bahayanya Wanita' Tidak Sesuai Untuk Kanak-Kanak- KP Istana Budaya

on Tuesday 31 December 2013

Mohamed Juhari Shaarani

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani mengakui terkejut dan tidak menjangka teater Bahayanya Wanita yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 20 hingga 31 Disember mengandungi dialog yang tidak bersesuaian dengan golongan kanak-kanak.

Muhamed Juhari berkata, pihaknya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan teater yang akan dipentaskan terutamanya untuk slot cuti sekolah supaya lebih bersesuaian untuk seisi keluarga.

"Ketika pementasan bermula saya berada di New York dan London atas urusan kerja dengan produksi teater di sana dan sewaktu pulang teater ini sudah seminggu dipentaskan.

"Saya tidak sangka banyak dialog mengandungi perkataan 'double meaning' yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Saya beritahu kepada pihak pengurusan tiket agar memberitahu ibu bapa terlebih dahulu dan tidak galakkan mereka untuk membawa anak-anak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang beberapa aduan mendakwa teater yang dipentaskan pada musim cuti sekolah itu banyak menjurus kepada golongan dewasa terutama sekali watak yang dibawa oleh pelawak Zizan Razak.

Beberapa dialog, perlakuan serta nyanyian pelakon terutamanya watak Mat Don Al-Atas yang menyentuh tentang bahagian wanita.
Salah satu babak dalam teater Bahayanya Wanita yang dilakonkan oleh Zizan Razak dan Erra Fazira.

Tambah Muhamed Juhari, bagaimanpaun dia tidak menafikan ramai penonton daripada golongan kanak-kanak terutamanya peminat kepada Zizan datang menyaksikan pementasan tersebut.

"Pihak Istana Budaya mengambil positif aduan tersebut dan akan lebih memantau teater terutamanya berunsur komedi, yang mana lebih banyak melakukan menambahan dalam dialog mereka," ujarnya.

Teater dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Zizan Razak, Umie Aida, Erra Fazira, Nora Danish, Johan Asaari, Erma Fatima dan Ziela Jalil.

Teater ini dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 20 hingga 31 Disember ini.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Saya nak perkenalkan satu program yang boleh menjana pendapatan sampingan. Free register, tiada apa-apa bayaran di kenakan. Tiada tipu muslihat ( Kalau tipu pun bukan kita rugi apa2 pun). Tak perlu cari orang .Tak perlu jual barang, dan kerja sikit2 je. .saya baru 8 jam join dah dapat us$575. Syarat kelayakan: anda ada facebook dan tau komputer sikit2. Anda hanya perlu open link di bawah dan register sebagai member. Lepas register terus dapat upah USD25, bersamaan RM80.00 lah lebih kurang. Dahtu,anda akan dapat link anda sendiri..pastu apa lagi? Copy link anda, atau copy terus semua ayat saya ni, dan paste kat facebook atau apa2 saja yg anda tahu, macam email, tweeter dan sebagainya. .Setiap orang yang open link anda,anda akan menerima ganjaran sebanyak USD10 atau RM30 lah lebih kurang. Mudah kan!!! Duit anda boleh pilih, sama ada duit masuk account terus, atau cek (akan di pos terus ke rumah) Kalau dah faham dan nak register, sila click:
http:http://www.theweeklypay.com/index.php?share=218324 apabila anda klik link di atas anda akan tau apa fungsi job ini..jangan buang masa..tak salah untuk kita mencuba dan mengubah nasib kita..selamat mencuba dan mencari rezeki.


31 December 2013 at 18:10

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved