Benarkah Janice Man Lesbian?

[x]

Benarkah Janice Man Lesbian?

on Monday 23 September 2013


PADA sebuah pertunjukan fesyen yang berlangsung di Hong Kong baru-baru ini, acara tersebut telah dimeriahkan dengan kemunculan tetamu-tetamu istimewa dari kalangan selebriti ternama termasuklah Charlene Choi, Niki Chow, Jennifer Tse, Amanda S., Janice Man dan ramai lagi.

Dalam kalangan selebriti itu, Janice Man telah menjadi buruan wartawan bertugas pada acara itu. Ini kerana Janice sebelum ini dikatakan telah menjalinkan hubungan lesbian dengan salah seorang krew filem Nightfall yang juga seorang perempuan.

Tidak mengelak, Janice mengulas: “Krew filem Nightfall yang dikatakan kekasih lesbian saya itu adalah sahabat baik saya. Tidak lebih daripada itu.

“Saya banyak kawan baik dari kalangan perempuan. Jadi, adakah ia suatu kesalahan? Ini bukan pertama kali saya dituduh menjalinkan hubungan lesbian.”

Tambahnya dalam nada tegas: “Apa yang ingin saya tekankah adalah saya bukan antihomoseksual tetapi saya tidak meminati kaum perempuan untuk dijadikan kekasih.”
sumber: kosmo.com.my
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved