Namun beberapa hari lepas, muncul pula sebuah video baru yang menunjukkan dua orang remaja lelaki dipercayai berasal dari Keningau, Sabah sedang asyik bermain gitar dan menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri.
Video berdurasi 4:26 saat itu telah menjadi bahan perbualan hangat di Facebook dan sudah dikongsikan oleh lebih 2000 pengguna laman sosial tersebut.
Kebanyakan mereka yang telah menonton video itu memuji kehebatan petikan gitar dan nyanyian Aeron feat Ganak Atmosfera menerusi lagu ‘catchy’ dipercayai berjudul Si Kecik Yang Aku Cintai.
Timbul pula usikan yang mengatakan lagu mereka ini mampu menenggelamkan populariti lagu Tegar yang semakin kerap diputar oleh radio-radio tempatan.
Apa pula kata anda? Jom tonton video di bawah dan dengarkan keunikan lagu dan kombinasi suara dua orang remaja ini. Semoga terhibur!
sumber : http://www.ohbulan.com/
{ 3 comments... read them below or add one }
wow....wonderfull...
i like it...
go for it more
26 September 2013 at 22:31
orang sabah sebenarnya mmg ramai yg berbakat dlm nyayian cuma mslh platform utk mencukil bakat2 ni kurang......nasib baik la laman perkongsian video youtube ni ada......syabas....
27 September 2013 at 00:34
http://www.youtube.com/watch?v=h9dmCB8sQHc
cer komen yg ni plak
27 September 2013 at 00:40
Post a Comment