Ekoran perbuatan itu, dia dihentam teruk oleh peminatnya kerana mentatu perut buntingnya itu.
Yasmin segera tampil kepada media Utusan dan merayu orang rama agar penyebaran gambar dirinya yang hanya memakai baju tiub dan menampakkan hampir keseluruhan perutnya dihentikan.
"Gambar ini diambil sebagai kenang-kenangan seumur hidup saya. Hanya untuk kami sekeluarga, bukan untuk tatapan orang lain. Ketika sesi fotografi itu hanya saya, suami dan seorang anak saudara saya sahaja ada di situ dan bukan untuk orang lain pun."
"Saya sangat kesal dengan sikap mereka yang tidak sudah-sudah mengaibkan saya dengan menyebarkan lagi gambar itu di laman sosial. Apa yang mereka dapat?"
Dalam perkembangan sama, isteri kepada bekas pemain drum kumpulan Black Rose itu turut membidas beberapa kritikan pedas yang dilemparkan segelintir peminat kepadanya di laman sosial.
"Orang kata saya urban, tiada agama. Apakah tindakan mereka dengan memalukan saya adakah ini perkara yang betul?"
sumber : http://www.akupunyer.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment