Budak Perempuan Dihalau Dari KFC Kerana Muka Berparut

[x]

Budak Perempuan Dihalau Dari KFC Kerana Muka Berparut

on Monday 16 June 2014




Seorang kanak-kanak perempuan yang diserang oleh anjing sehingga menyebabkan mukanya berparut telah diusir keluar dari restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Jackson, Mississippi, selepas pekerja di situ berkata mukanya itu menakutkan pengunjung yang lain.

Keluarga kepada Victoria Wilcher, 3, bagai mengalami mimpi ngeri selepas mereka diminta untuk meninggalkan restoran popular itu hanya kerana wajah anak perempuan mereka .

Mereka berkongsi kemarahan di laman Facebook bertajuk 'Victoria's Victory (Kemenangan Victoria).

"Adakah wajah ini menakutkan anda? Minggu lepas di KFC di Jackson MS wajah ini telah diminta meninggalkan restoran kerana wajahnya menakutkan pengunjung yang lain," demikian 'posting' yang dibuat di laman Facebook.

"Saya membawanya berjumpa doktor dan pergi ke KFC," kata nenek Wilcher, Kelly Mullins.

"Saya memesan teh manis bersaiz besar dan kentang putar berserta kuah untuknya keranadia lapar. Dia dipasang tiub pada masa itu, saya anggap hanya kentang yang boleh ditelan dengan tiub itu."

"Mereka hanya beritahu kami, "Kami perlu meminta anda meninggalkan tempat ini kerana mukanya mengganggu pelanggan-pelanggan kami". Victoria benar-benar faham apa yang mereka katakan," katanya.-sumber:mStar

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved