Terjun bangunan selepas campak 3 anak

[x]

Terjun bangunan selepas campak 3 anak

on Tuesday 17 June 2014


TOKYO – Seorang wanita yang dipercayai menghadapi tekanan emosi mencampakkan tiga anaknya dari sebuah bangunan pangsapuri yang tinggi di Jepun sebelum terjun membunuh diri, kata pihak berkuasa.

Menurut laporan Daily Mail, orang ramai terkejut dengan penemuan mayat empat beranak itu yang berlumuran darah di kaki lima bangunan pangsapuri berkenaan.

Polis di Yachiyo, kira-kira 20 batu di timur Tokyo berkata, pihaknya masih menyiasat mengenai insiden yang berlaku sebelum jam 6 petang pada Sabtu lalu itu.

Wanita terbabit dikenali sebagai Kyoko Kozu, 35 tahun, manakala tiga anaknya iaitu dua anak lelaki, berusia tujuh dan dua tahun, selain seorang anak perempuan berusia enam tahun.

Empat beranak itu dikatakan tidak tinggal di bangunan pangsapuri berkenaan tetapi menetap kira-kira sebatu setengah dari tempat kejadian.

Polis belum dapat memastikan apa yang dilakukan wanita itu di bangunan pangsapuri terbabit, tetapi mereka percaya wanita berkenaan mencampakkan tiga anaknya dari balkoni tingkat 14 sebelum dia sendiri terjun ke bawah.

Polis turut menemui sebuah beg mengandungi barang wanita itu di tangga tingkat 14 bangunan itu. Ketika kejadian, suami mangsa berada di tempat kerja, lapor laman berita Japan Today, lapor Daily Mail.
sumber: http://blog.mykongsi.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved