Hebat - Sultan Hassanal Bolkiah Kawal Lalulintas

[x]

Hebat - Sultan Hassanal Bolkiah Kawal Lalulintas

on Monday, 2 December 2013


Gambar di atas menunjukkan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sedang berdiri di tepi sebuah jalan raya dan mengawal lalu lintas selepas dua anggota pengiring baginda kemalangan selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita.

Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times.

Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam.

Penulis begitu kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan.

Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.

Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 5.40 petang ketika kedua-dua anggota pengiring memberhentikan kenderaan lain untuk memberi laluan kepada kereta baginda, menurut polis Brunei.

Dua buah kereta pada mulanya berhenti bersebelahan apabila tiba-tiba, kereta wanita itu gagal dikawal dan masuk ke ruang antara dua buah kereta bergesel dengan kereta yang berhenti pada mulanya itu sebelum melanggar anggota.

Kereta dipandu wanita itu dipercayai merempuh anggota pengiring pertama manakala sebuah lagi kereta yang bergesel itu pula melanggar anggota pengiring kedua.

Pemandu wanita itu turut mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Keadaan kedua-dua anggota pengiring kini dilaporkan stabil di Pusat Perubatan Jerudong Park.

“Saya percaya, wanita itu memandu terlalu laju dan terlalu rapat sehingga tidak cukup masa untuk dia menekan brek,” kata anggota pengiring yang cedera dan dirahsiakan identitinya.

Anggota berkenaan sudah menjadi pengiring baginda Sultan Brunei selama 13 tahun dan berasa bertuah kerana hanya patah bahu dan tangan.

Kes ini sedang disiasat pasukan dari Balai Polis Sengkurong.
Sumber: http://mynewshub.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved