KEKEJAMAN dilakukan syaitan bertopeng manusia apabila tergamak memukul seorang warga emas OKU berakhir dengan kematian wanita berkenaan, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi 16 Disember lalu di Felda Tenang, Hulu Besut, Terengganu, Mariam Yahya, 50an yang bisu cedera parah selepas dipukul dengan objek keras oleh penyamun.
Mangsa dipercayai pengsan sebelum sedar lalu menggagahkan diri pergi meminta bantuan di rumah jiran dalam keadaan berlumuran darah.
Makcik Yam yang masih bujang dan tinggal sendirian selepas kematian ibu bapa, sebelum ini dilaporkan sering berjaga hingga awal pagi kerana bimbangkan ayamnya yang sering dicuri.
Sebelum kejadian malang menimpa Makcik Yam, seorang penulis Terengganu Today pernah berkongsi kisah pandangan peribadinya terhadap hidup Makcik Yam. Selepas membaca catatannya di sini, pasti kita akan berasa lebih sedih terhadap nasib yang menimpa wanita ini.
Catatatan itu dapat dibaca di SINI.
Al-fatihah buat Makcik Yam dan marilah kita sama-sama doakan semoga pihak yang bertanggung jawab akan dapat dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.
Sumber: http://mynewshub.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment