Sharnaaz Tetap Akan Jumpa Lisdawati

[x]

Sharnaaz Tetap Akan Jumpa Lisdawati

on Tuesday 17 June 2014

 "Bagi dia tenang-tenang dulu. Tak larilah gunung dikejar," kata pelakon Sharnaaz Ahmad mengenai janjinya untuk bertemu dan berbincang dengan pasangan Lisdawati dan Fauzi Nawawi bagi menyelesaikan persengketaan mereka selepas aktres itu selamat bersalin.

Pada Sabtu lalu, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 36, selamat melahirkan anak ketiganya iaitu bayi lelaki bernama Ahmad Nur Fyrdaus di Hospital Selayang, dekat sini.

Ketika dihubungi, Sharnaaz, 29, berkata, dia bersedia untuk menziarahi Lisdawati dan bayinya namun belum menetapkan tarikh tertentu.

"Itu (bersemuka) tak ada masalah pada saya. Sekarang bagi dia balik dan tenang-tenang dulu. Takkanlah orang baru bersalin nak terkam terus. Tapi saya tak ada masalah melawatnya," katanya.

Baru-baru ini Lisdawati dilaporkan sudah memaafkan Sharnaaz dan bersedia bersemuka atas perbalahan mereka.

Sharnaaz dalam kenyataannya kepada Harian Metro pada 15 Mei lalu berkata, dia tetap akan bersemuka dengan pasangan itu bagi menyelesaikan konflik mereka.

Katanya, sebarang perancangan untuk berjumpa Lisdawati perlu bersesuaian dengan jadual mereka.

"Tak tahu nak cakap lebih sebab saya tak tahu lagi apa perancangannya. Saya kena tengok juga jadual saya dan Lisda, kalau tak ada apa-apa boleh saja melawat. Saya tak ada masalah," katanya yang baru selesai penggambaran telefilem Perempuan Lindungan Kaabah, kelmarin.

Dalam pada itu, Lisdawati pula berkata, dia dan suami sudah melupakan persengketaan yang berlaku dengan Sharnaaz.

"Seperti yang kita cakap dulu saya dan abang (Fauzi) dah lama lupakan hal itu. Kami dah tutup cerita lama dan buka baru. Tidak ada apa-apa masalah pada pihak kami," katanya.

Tambahnya, mereka juga terbuka menyambut aktor itu jika Sharnaaz mahu menemuinya dengan cara yang baik.

"Kalau datang dengan cara yang baik kami tak ada masalah. Bagi saya kita pandang ke depan dan lupakan yang lalu. Semua yang baik dibuat kerana Allah," katanya.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved