Miri: Tangisan dan rontaan seorang bayi masih bertali pusat dalam plastik sampah tidak dihiraukan ibunya bersama teman lelaki, ketika menanam mangsa hidup-hidup dalam lubang tepi pagar ladang sawit dekat Suai, Niah, petang kelmarin.
Perbuatan terkutuk itu dilakukan pasangan berusia 20-an pada jam 4 petang. Perbuatan kejam pasangan itu disedari pengawal ladang yang terserempak dengan mereka dalam keadaan mencurigakan dan terdengar tangisan bayi dalam plastik hitam yang dibawa mereka.
Pengawal keselamatan itu mulanya menyangka pasangan terbabit mahu menceroboh ladang, namun merasa pelik melihat mereka membawa sesuatu objek dalam plastik sampah.
Ketika mengintai dari jauh, pengawal itu mendapati pasangan terbabit menggali tanah berhampiran pondok pengawal keselamatan di situ sebelum menanam objek yang dikeluarkan dari beg plastik dibawa mereka.
Apabila tangisan bayi itu tidak lagi kedengaran, pasangan terbabit segera meninggalkan kawasan terbabit, membuatkan pengawal keselamatan berkenaan bergegas melakukan pemeriksaan.-BH
* Sebak pulak aku baca petikan di atas ini.Kejam sungguh rasa nya perbuatan pasangan ini.Kenapa lah pasangan ini dilahirkan sebagai manusia..kan lebih elok kalau ia dilahirkan sebagai binatang..
Bayi yang tak bersalah pun sanggup dibunuhnya hidup-hidup.Harap-harap pihak yang berwajib dapat mengenakan tindakan yang lebih tegas lagi terhadap kes pembuangan bayi seperti ini.
Steady lah sikit berani buat berani tanggung lah beb..kan senang.
sumber: http://metromalaya.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment