Pengarah Berang Dengan Keputusan Sharnaaz Ahmad Berhenti Berlakon

[x]

Pengarah Berang Dengan Keputusan Sharnaaz Ahmad Berhenti Berlakon

on Thursday 28 November 2013


AHAD lalu, terkejut beruk bila Mizz Lahar terbaca mengenai kisah Sharnaaz Ahmad yang terkenal dengan sifat panas barannya itu nak berhenti berlakon.

Ada orang kata yang dia nak berhenti berlakon sebab tertekan dengan kontroversi dan gosip yang sering melanda dirinya.

Ekoran daripada itu juga, dia tak mahu terus menerus mengguris perasan ibu dan bapanya apabila kisah lama tak sudah dijadikan bahan bualan.

Tapi, kawan Mizz Lahar yang turut menjadi teman rapat Sharnaaz beritahu, beberapa orang pengarah berang dengan keputusan yang diambil oleh Sharnaaz.

Kata pengarah-pengarah tersebut rugi jika bakat yang ada padanya disiakan begitu sahaja. Tapi Sharnaaz tetap berdegil dengan keputusannya itu. Jadi, drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta merupakan drama terakhir lakonan Sharnaaz.

Apabila teman Mizz Lahar bertanya kepada Sharnaaz, pelakon tersebut hanya menjawab: "Biarlah saya berdiam dan hanya tindakan yang akan menentukan segalanya."

Apapun, Mizz Lahar nak ucap selamat maju jaya buat Sharnaaz dalam apa juga lapangan kerja yang bakal diceburi selepas ini. Harapnya Sharnaaz tak menyesal bila melepaskan karier ini dan kembali masuk industri hiburan semula satu hari nanti. 
sumber:- Kosmos
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved