Dayangku Intan bakal mengadakan persembahan istimewa pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) yang bakal berlangsung pada 14 Disember depan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Ketika segelintir artis yang menyertai parti pembangkang menuduh tidak diberi perhatian oleh media arus perdana, penyanyi era 80-an, Dayang Ku Intan membuktikan dakwaan itu tidak benar sama sekali.
Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 47, berkata, dia tidak mempunyai apa-apa masalah diskriminasi untuk muncul di stesen televisyen TV3, Astro mahupun stesen kerajaan iaitu RTM.
"Setakat ini saya tidak melihat sebarang masalah daripada mana-mana stesen baik RTM, TV3 mahupun Astro kerana saya masih menerima undangan untuk muncul dalam program terbitan mereka.
"Politik dan nyanyian adalah dua perkara berbeza dan saya ikhlas dalam melakukan kerja dalam kedua-dua bidang tersebut," katanya ketika ditemui mStar Online pada Rabu.
Dayang Ku Intan merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tewas ketika menentang Datuk Azalina Othman Said bagi kerusi Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), Mei lalu.
Dalam perkembangan berkaitan Dayang bakal mengadakan persembahan sempena malam Anugerah Industri Muzik 20 (AIM20) yang akan berlangsung pada 14 Disember depan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.
Dalam persembahan itu Dayang bakal berduet dengan beberapa artis seangkatan dengannya namun pihak penganjur masih belum memutuskan lagu yang bakal dinyanyikan.
"Rasa gembira kerana dapat membuat persembahan bersama rakan-rakan lama dan ada sedikit perasaan gementar kerana sudah lama saya tidak membuat persembahan pentas," ujarnya.
Katanya lagi, dia tidak bimbang sekiranya ada pihak mempertikaikannya muncul pada acara berkenaan kerana dia yakin peminat dapat membezakan hal politik dan seni.
Selain dunia politik, penyanyi ini yang popular dengan lagu Berpaut Di Dahan Cinta ini turut bergiat aktif dalam pelbagai program amal dan kaunseling bagi membantu remaja bermasalah.

sumber: http://www.mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment