Ustazah Zawiyah Tegur Nilai Perkahwinan Che Ta & Zain Saidin

[x]

Ustazah Zawiyah Tegur Nilai Perkahwinan Che Ta & Zain Saidin

on Wednesday 27 November 2013


Sekarang ni isu “Wedding of The Year” aktres jelita Rozita Che Wan dan Zain Saidin hebat diperkatakan. Mana tidaknya, perkahwinan ini khabarnya dinobatkan sebagai perkahwinan Janda termahal di Malaysia kerana menerima tajaan keseluruhan berjumlah sehingga RM13 Juta.

Malah isu ini telah mengundang teguran daridapa penceramah bebas iaitu Ustazah Zawiyah tentang perlunya kesederhanaan dalam setiap majlis perkahwinan.

“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda ALLAH, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” ujar Ustazah Zawiyah Hassan.

Ustazah juga menjelaskan bahawa hukum kenduri kahwin hanyalah sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri perkahwinan walaupun dengan seekor kambing sudah memadai. Namun apa yang dibimbanginya, majlis perkahwinan secara besar-besaran sehingga berlaku pembaziran semakin menjadi trend dunia hari ini.

Ustazah Zawiyah yang juga merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, majlis perkahwinan sebaik-baiknya diadakan secara sederhana supaya mendapat rahmat dan keberkatan Allah.

Sebelum ini, Che Ta dan Zain telah mendedahkan bahawa mereka telah berbelanja sejumlah 200ribu untuk persiapan barangan hantaran perkahwinan mereka. Dimana setiap seorang mengeluarkan 100ribu bagi pihak Che Ta dan 100ribu pula bagi pihak Zain.
sumber: http://ohartis.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved