Terbaru bahawa seorang pelawak yang lahir dari program Raja Lawak musim ketiga, Mamat Sepah atau nama sebenarnya, Mohd Noor Bin Murad telah menerima tawaran untuk menjadi penyampai radio sebuah stesen baru yang diberi nama ULTRA. Tahniah buat Mamat. Bolehlah buat belanja kan?
Mamat Sepah akan menemani Jimmy Shanley di konti radio Ultra FM bersiaran jam 6 pagi hingga 10 pagi setiap hari dan anda semua boleh mendengar celoteh mereka berdua di frekuensi 101,3 F.
Mamat Sepah adalah anak ke-7 dari 11 adik beradik ini mula berkecimpung dalam industri hiburan tanahair pada tahun 2009 dan nama Mamat Sepah berjaya mendapat tempat apabila kumpulan Sepah berjaya meraih gelaran juara bagi program Raja Lawak musim ke-3. Lebih manis bila Kumpulan Sepah sekali lagi berjaya menjadi juara di program Maharaja Lawak Astro yang pertama pada tahun 2011. Dalam masa yg sama Mamat telah dijemput untuk menjadi penyampai radio di ERA FM.
Karier beliau tidak lama di ERA, setelah berhenti beliau terus menyambung membuat persembahan luaran, sehinggalah dirisik oleh ULTRA.
Selamat bekerja di tempat baru, Mamat Sepah.
Tahniah #ultra101.3fm stesen radio baru yang mula ke udara secara rasmi hari ini.
sumber: http://www.budiey.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment