Menurut sumber Utusan Malaysia, Lana Nordin telah menyatakan hasrat untuk memakai pakaian muslimah ketika menghadiri sebuah majlis penganugerahan berprestij pada tahun depan. Kata sumber itu:-
Dia (Lana) bakal berhijab kerana tidak lama lagi akan berkahwin dengan Johan. Keinginan untuk berhijrah juga memang pernah dimaklumkan oleh Lana sendiri kepada saya sebelum ini sepanjang berkenalan dengan Johan.
Katanya kepada saya, kalau boleh, biarlah dia bertudung kerana dia bakal berkahwin. Lagipun, Lana menyifatkan perkahwinannya itu bukan perkara main-main. Itu adalah serius!
Nampaknya Johan As’ari benar-benar menjadi pembimbing dan dan bakal merubah gaya hidup Lana Nordin. Itulah yang kita mahukan. Semoga lebih banyak perubahan ke arah kebaikan akan dilakukan oleh Lana Nordin di masa hadapan. Kepada Johan, tahniah kerana berjaya memimpin bakal isteri anda. Anda memang kacak!!!
sumber: http://beautifulnara.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment