Ramona Zamzam Bercinta Dengan Jejaka Palestin?

[x]

Ramona Zamzam Bercinta Dengan Jejaka Palestin?

on Wednesday, 27 November 2013


Mula menceburi bidang seni menerusi pencarian Dewi Remaja 2010, pelakon menerusi drama Cinta Jangan Pergi, Ramona Zamzam, 23, kini pelakon jelita ini dikhabarkan sedang mengenali hati budi seorang lelaki warga asing.

Ketika ditemui pada pelancaran radio Ultra.FM di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, petang semalam, jelas terpancar sinar kebahagian pada wajah aktres tersebut apabila ditanyakan soal teman istimewa.

Saya bahagia dengan kehidupan sekarang, syukur Alhamdulillah.

Saya memang sedang mengenali sesorang. Saya kenal dia beberapa bulan lalu tapi saya rasa hubungan ini masih terlalu awal untuk diceritakan dan yang paling penting dia bukan orang industri.

Bertanya tentang lelaki pilihannya, Ramona memberi pendapat bahawa karakter lelaki warganegara asing lebih memikat berbanding lelaki tempatan.

Malah, ketika ditemubual, Ramona turut menegaskan alasannya memilih lelaki warga asing bukan kerana tawar hati dengan lelaki tempatan.

Sebenarnya, dia seorang lelaki warga asing tetapi dia dah lama menetap di Malaysia. Dia berasal daripada Palestin, itu sahaja saya boleh beritahu.

Dalam pada itu, Ramona juga memberitahu bahawa jejaka tersebut seorang yang tidak mendesak, memahami tugasannya sebagai seorang artis dan seorang yang relax.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved