Lady Gaga Pecat Pengurus Tidak Dengar Nasihat

[x]

Lady Gaga Pecat Pengurus Tidak Dengar Nasihat

on Wednesday 27 November 2013

Lady Gaga.

Penyanyi Lady Gaga dilaporkan telah memecat pengurusnya Troy Carter kerana tidak mahu mendengar nasihat tentang arah tuju album terbaharunya berjudul Art Pop.

New York Post melaporkan syarikat rakamannya iaitu Interscope tidak berpuas hati dengan hasil akhir album berkenaan dan mengarahkan Carter untuk memujuk Gaga supaya memasukkan lebih banyak lagu-lagu yang mesra pendengar.

"Syarikat rakaman berpendapat album berkenaan tidak mempunyai lagu-lagu hit dan Gaga enggan mengubah arah tuju album berkenaan apabila dipujuk oleh pengurusnya.

"Disebabkan perkara itu juga Gaga telah memecat pengurusnya walaupun lelaki berkenaan telah banyak berjasa menaikkan namanya sejak dia mula-mula bergelar penyanyi," kata sumber.

Bagaimanapun, wakil Interscope menafikan laporan berkenaan dan memberitahu memberikan kepercayaan kepada Gaga untuk menghasilkan album berkenaan tanpa campur tangan daripada pihak pengurusan.

Carter, 40, telah bekerjasama dengan Gaga sejak tahun 2007.
sumber: http://mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved