Penjelasan TV3 Berhubung Status Fizz Fairuz Dalam LLS

[x]

Penjelasan TV3 Berhubung Status Fizz Fairuz Dalam LLS

on Thursday 28 November 2013


Ahad lalu, peminat program Liga Lawak Superstar (LLS) dikejutkan dengan tindakan Fizz Fairuz menarik diri biarpun kumpulan yang diwakilinnya iaitu Apa Kasih Toq sudah berjaya ke peringkat Separuh Akhir pertama. Walaupun pada awalnya Fizz dikhabarkan menarik diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, namun Fizz mmuncul dengan kenyataan berbeza di laman Twitter.

Jelas Fizz, dia disingkirkan oleh pihak pengurusan TV3. Jadi, apa penjelasan selanjutnya daripada TV3. Berikut adalah kenyataan rasmi yang dihantar oleh pihak TV3 kepada GUA sebentar tadi.

TV3 mengumumkan penarikan diri oleh Fizz Fairuz dari program Liga Lawak Superstar musim ini kerana beliau tidak dapat memberi komitmen sepenuh masa kepada program tersebut. Semasa pihak kami memberi tawaran kepada beliau untuk menyertai program Liga Lawak Superstar musim ini, segala info mengenai program termasuklah tarikh jadual program telah diterangkan oleh pihak produksi dengan jelas kepada beliau.

Jadi, apabila beliau membuat keputusan untuk bersetuju menjadi salah seorang peserta program Liga Lawak Superstar, pihak kami menganggap beliau sudah bersedia memberi 100% komitmen terhadap program ini dari mula sehingga berakhirnya Liga Lawak Superstar musim pertama. Menurut kontrak, jika salah seorang peserta tidak dapat komited pada jadual yang diberikan sepanjang siaran Liga Lawak Superstar ini, peserta tersebut hendaklah menarik diri daripada program tersebut.

Untuk bersikap adil, pihak kami memberi peluang kepada Didie Alias dan Kamal Adli untuk meneruskan perjuangan mereka. Mereka turut diberi pilihan sama ada mereka kekal berdua sehingga berakhirnya program ini atau mereka boleh memilih ahli baru daripada kalangan peserta (pelakon) yang sudah tersingkir awal untuk menyertai mereka merebut gelaran juara Liga Lawak Superstar musim ini.

Setelah diperbincangkan dan persetujuan bersama, Didie Alias dan Kamal Adli telah membuat keputusan untuk mengambil Shafiq Kyle sebagai pengganti kerana merasakan pelakon muda ini mempunyai potensi dalam membantu kumpulan Apa Kasih Toq meneruskan perjuangan hingga ke peringkat akhir.

Walaubagaimana pun, pihak TV3 mengucapkan terima kasih kepada Fizz Fairuz atas penyertaan beliau dalam Liga Lawak Superstar dan mengalu-alukan kedatangan beliau ke studio atas tanda sokongan dan tanda persahabatan kepada kumpulan Apa Kasih Toq di belakang tabir.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved