Rossa Nafi Kurang Yakin Dengan Hafiz Suip

[x]

Rossa Nafi Kurang Yakin Dengan Hafiz Suip

on Wednesday, 27 November 2013

Penyanyi yang baru dikurniakan gelaran Datuk pada ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang pada 24 Oktober lalu, Sri Rossa Roslaina Handiyani atau Rossa menafikan dia kurang yakin dengan Hafiz apabila diminta berduet dengan penyanyi itu menerusi lagu ‘Salahkah’.

“Apabila saya ditawarkan untuk berduet dengan Hafiz, saya memang berasa agak bimbang, bukan kerana tidak yakin dengan kekuatan vokal dia, tetapi saya bimbang tidak dapat mencari lagu yang sesuai untuk tona vokal kami berdua. Untuk menyanyikan sebuah lagu duet, vokal kedua-dua penyanyi harus bersatu.

Jadi, jangan salah sangka yang saya tidak yakin dengan Hafiz. Saya tahu Hafiz punya suara yang baik kerana dia juga pernah berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza. Saya sudah kenal dengan Hafiz. Cuma hubungan kami biasa-biasa sahaja. Saya tidak punya masalah bekerjasama dengan Hafiz, kerana dia profesional, ” ujar Rossa ketika ditemui di majlis ramah mesra Rossa bersama Yayasan Destini Anak Bangsa di Univesiti Teknologi Mara pada Selasa.

Bercerita lanjut tentang lagu duet terbarunya itu, Rossa memberitahu dia sangat gembira dan berbesar hati apabila pihak Astro menghubunginya untuk berkolaborasi dengan Hafiz.

“Lagu ini dirakamkan untuk lagu tema sinetron (drama bersiri) Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang akan tayangkan di Astro. Ini kali pertama saya merakamkan lagu untuk drama, jadi sudah pasti saya teruja dan bersyukur kerana dapat kesempatan ini. Saya difahamkan cerita ini diadaptasikan daripada novel. Saya pun sudah baca sinopsis yang dihantar oleh pihak Astro dan saya berpendapat cerita ini bagus.

‘Salahkah’ merupakan lagu ciptaan Charly, Setia Band dan garapannya dilakukan oleh Badai Kerispatih dan bekas suami saya. Yoyo yang bermain dram. Lagu ini sudah dibuat tiga tahun lalu. Saya memang ingin sangat berduet untuk lagu ini. Jadi apabila dapati liriknya sesuai dengan jalan cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta, terus saya cadangkan lagu ini. Tak sangka mereka (Astro) pun suka dengan lagu ini,” cerita Rossa teruja.

Reaksi Dapat Gelaran Datuk

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu 'Ayat-Ayat Cinta', 'Atas Nama Cinta', dan 'Hey Ladies', ini turut memberi komen tentang gelaran ‘Datuk’ yang disandang olehya. Jelas Rossa sebagai penyanyi yang selalu dekat dengan Malaysia, dia sangat bersyukur dengan pengiktirafannya itu.

“Alhamdulilah ini rezeki daripada Allah. Saya pun tidak tahu bagaimana saya boleh terpilih. Saya sama sekali tidak sangka akan mendapat pengiktirafan sebesar ini. Ini adalah amanah Allah, jadi saya akan lakukan yang terbaik untuk memberi sumbangan kepada Malaysia dan juga Indonesia. Penghargaan ini cukup besar,” ujar Rossa mengakhir perbualan.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved