Syazwan Pernah Couple Dengan Kakak Saya – Tasha Shilla

[x]

Syazwan Pernah Couple Dengan Kakak Saya – Tasha Shilla

on Wednesday, 27 November 2013


Baru-baru ini, nama Tasha Shilla menjadi bualan ramai apabila beberapa buah portal hiburan mengeluarkan artikel berkaitan hubungan rapatnya bersama Syazwan Zulkifly.

Antara gosip yang sedang hangat diperkatakan adalah khabarnya mereka kerap keluar bersama, dimana Syazwan pula memberitahu bahawa hubungannya bersama Tasha semakin rapat.

Bagaimanapun, Tasha yang ditemui dalam sebuah majlis semalam menjelaskan bahawa khabar angin antara dia dan Syazwan hanyalah satu salah faham.

Syazwan call Tasha bila artikel tu keluar. Dia beritahu Tasha dia bercerita hanya fasal filem Laga, tapi bila interview, dia cakaplah dia makin rapat dengan Tasha, tak tahu pula reporter buat tajuk macam itu.

Dalam pada itu, Tasha turut menegaskan dia tidak sama sekali bercinta dengan Syazwan apatahlagi mempunyai teman istimewa dengan mana-mana lelaki.

Tasha sekolah dekat Ampang, Tasha kenal Syazwan masa kami sekolah lagi cuma kami tak rapat. Sebenarnya dia couple dengan sister Tasha tapi itu dulu. Tasha memang tak bercinta langsung dengan Syazwan.

Bercakap mengenai teman istimewa, Tasha memberitahu hatinya masih belum terbuka untuk sesiapa dan tidak memilih pangkat untuk berkawan.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved