Charlie Sheen Derma RM75 Ribu Kepada Mangsa Taufan Haiyan

[x]

Charlie Sheen Derma RM75 Ribu Kepada Mangsa Taufan Haiyan

on Wednesday 27 November 2013



AKTOR Charlie Sheen telah memberi sumbangan sebanyak RM75 ribu kepada mangsa Taufan Haiyan di Filipina.

Menurut laporan Contactmusic, aktor berusia 48 tahun itu menderma wang tersebut menerusi sebuah pertubuhan The Peoples Recovery, Empowerment and Development Assistance (PREDA).

"Wang sumbangan tersebut akan digunakan bagi keperluan makanan selain untuk misi pencarian kanak-kanak yang masih belum dijumpai," kata sumber.

Dalam pada itu, Sheen juga merancang untuk menubuhkan sebuah rumah kebajikan di negara tersebut.

Sebelum ini, Sheen pernah menderma sebanyak RM30,000 kepada sebuah pertubuhan amal 'The Walk To End Epilepsy'.
sumber: http://mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved