Azad Jazmin Dimarahi Doktor Selepas Jatuh Longkang

[x]

Azad Jazmin Dimarahi Doktor Selepas Jatuh Longkang

on Thursday 28 November 2013

Azad telah menerima 13 jahitan pada buku lali kaki kanannya akibat terjatuh ke dalam longkang.

Pelakon Azad Jazmin telah dimarahi oleh seorang doktor gara-gara tercedera akibat mahu membeli sekotak rokok di sebuah kedai serba guna di Puchong, dekat sini minggu lalu.

Azad, 37, berkata, doktor berkenaan bertindak demikian selepas dia memberitahu kecederaan itu kerana mahu membeli rokok apabila terjatuh di dalam longkang sehingga menyebabkan buku lali kanan tercedera.

"Akibat kejadian itu saya terpaksa menerima 13 jahitan. Doktor yang merawat saya ketika itu memarahi saya apabila mendapat tahu saya terjatuh selepas membeli sekotak rokok.

"Pelbagai perkara yang dia beritahu tentang bahaya mengenai rokok sehingga saya terlupa tentang kesakitan pada bahagian kaki," katanya kepada mStar Online.

Azad berkata, dia tidak memberi apa-apa reaksi ketika mendengar nasihat doktor itu kerana apa yang diperkatakannya adalah benar.

Dalam pada itu bercakap mengenai filem terbaharu lakonannya berjudul Kolumpo, Azad berkata, dia teruja apabila diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem berkenaan.
Azad bersama isterinya, Eira Syazira dan anak perempuan mereka Amarra Sofea Rose yang kini berusia 10 bulan.
Jelas Azad, menerusi watak Rahul iaitu seorang pendatang asing tanpa izin dari India, dia terpaksa belajar bahasa Tamil selain bercampur dengan golongan berkenaan selama sebulan.

"Bukan mudah untuk membawakan watak berkenaan kerana saya perlu bercakap dalam bahasa Tamil selain perlu memahami kehidupan golongan tersebut.

"Pun begitu saya berjaya melakukannya dan watak Rahul adalah paling mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon," katanya.

Filem yang diarahkan oleh Sheikh Munasar, Bront Palarae dan Rozi Izma itu memaparkan tiga cerita berbeza dengan berlatar belakangkan kehidupan di Kuala Lumpur.

Selain Azad, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Amani, Ruminah Sidek, Nell Ng, Mano Maniam, Soffi Jikan, Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Along Eyzandy, Radhi Khalid dan Emely Poon.

Sementara itu, Azad berkata, tahun hadapan akan menyaksikan 16 buah filem lakonannya bakal ditayangkan dan dia berharap kesemua karya tersebut mendapat sambutan daripada penonton.
Antara filem-filem itu ialah Paku, Sejoli, Tujuh, Showdown dan Pilot Cafe.
sumber: http://www.mstar.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved