Nampaknya sejak kebelakangan ini, sudah menjadi trend baru apabila ramai selebriti tempatan ditegur atau ‘disekolahkan’ oleh peminat mereka di laman sosial.
Bukan seorang dua artis yang mengalami perkara tersebut, malah cukup ramai hingga ada yang tidak sanggup berdiam diri lagi bila mana teguran tersebut menyentuh soal sensitiviti seseorang.
Pelakon yang sedang berseronok bercuti bersama kelab peminatnya di Bali, Fizo Omar juga tidak terkecuali menjadi mangsa kritikan di laman Facebook miliknya.
Difahamkan, Fizo terlebih dahulu memuat naik gambar yang menunjukkan dia memeluk dua orang adik perempuannya.
Foto itu bagaimanapun mengundang pelbagai tanggapan negatif dan ada yang berpendapat Fizo memeluk gadis bukan muhrim.
Sehubungan dengan itu, Fizo telah mengemas kini status di FB dengan mengatakan teguran yang diberikan perlulah kena dengan caranya, bukan memalukan sesiapa.
Malah, aktor ini turut mengakui berbesar hati jika peminat mahu menegur kesilapannya tetapi adalah lebih baik jika pendapat tersebut boleh dibaca oleh dirinya dan individu berkenaan sahaja.
sumber: http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment