Sharnaaz Komen Tentang Shila Amzah – Johan As’ari – Lana Nodin

[x]

Sharnaaz Komen Tentang Shila Amzah – Johan As’ari – Lana Nodin

on Friday, 29 November 2013



Sebelum ini, terdengar desas desus yang mengatakan bahawa bekas kekasih Sharnaaz, Shila Amzah menjalin hubungan cinta bersama pelakon Johan As’ari. Gosip tersebut terus bertebaran namun Shila dan Johan masing-masing menafikan kenyataan tersebut dan mereka mengklasifikasikan hubungan mereka hanya sekadar teman rapat.

Namun begitu, pada Khamis akhbar Berita Harian menyiarkan pendedahan Johan yang dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama aktres Lana Nodin. Ekoran pendedahan itu, timbul pelbagai spekulasi.

Bahkan, Shila Amzah juga dilihat mengemas kini akaunTwitter dan Instagram milikya dengan beberapa entri yang menimbulkan pertanyaan ramai pihak dan ramai juga beranggapan status kemas kini itu ditujukan kepada Johan.

Jika sebelum ini Sharnaaz pernah mengeluarkan kenyataan yang dia pada mulanya sukar untuk menerima hakikat bahawa Shila dikatakan berkawan rapat dengan Johan , kini GUA sekali lagi mendapatkan komen Sharnaaz mengenai perkembangan terbaru hubungan cinta Johan .

“Saya tak tahu. Saya tak nak komen apa-apa, saya tak tahu nak cakap apa. Saya pun tak nak ambil tahu. Mungkin hari ini hari dia, esok lusa hari saya. Saya pun tiada masalah dengan Johan. Bahkan semasa filem lakonan Johan, ‘Balada Pencinta’ ditayangkan, saya ada menghantarkan Tweet kepada Johan dan mengucapkan selamat berjaya untuk filem barunya. Apa-apapun, saya enggan mengulas lanjut,” tutur Sharnaaz lagi mengakhiri perbualan.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved