Ekoran pendedahan mereka kini sedang bercinta dan merancang untuk berkahwin, Johan As’ari dan Lana Nordin kini boleh dikatakan menjadi buruan pihak media kerana ramai yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut.
Ini kerana pelbagai spekulasi timbul apabila laman-laman sosial individu yang dekat dengan Johan diintip oleh ramai pihak, termasuklah akaun Instagram milik ibunya. Kini ramai yang percaya ibu Johan tidak begitu merestui hubungan cinta anaknya itu. Malah, penyanyi Shila Amzah juga dilihat cuba menenangkan ibu Johan dengan memberi kata-kata semangat.
Selain itu, timbul juga bisik-bisik jahat yang rasakan agak keterlaluan mengenai pasangan ini. Maklumlah, selagi tidak ada bukti, kita tidak boleh melemparkan sebarang tuduhan.
Jadi, untuk mendapatkan penjelasan lanjut, GUA telah menghubungi Johan dan Lana. Bagaimanapun, panggilan telefon kepada pasangan ini tidak berjaya. Biarpun berdering, tetapi tiada respon daripada mereka. Mungkinkah mereka mahu bertenang seketika sebelum mengulas lanjut? Agaknya mereka tidak sangka akan mendapat maklum balas sebegini bukan?
sumber: http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment