Agresif, liar dan buas itu karektor terbaru pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri 'Nur Kasih', Remy Ishak. Apa yang menyebabkan pelakon yang terkenal dengan pesona romantik ini berubah sebegitu? Adakah Remy kini sedang bergelut dengan masalah, atau sekadar memenuhi tuntutan tugas?
"Saya perlu jadi buas, liar dan agresif bagi memenuhi tuntutan watak sebagai Iskandar dalam drama bersiri terbaru,'Jiwa'. Jika selalunya saya tampil dengan watak romantik dan cinta, menerusi 'Jiwa' ini saya menampilkan sisi lain lakonan saya," ujar Remy yang pernah mengundang kontroversi kerana didakwa memukul bekas kekasihnya, Ummi Nazeera.
Drama yang menampilkan banyak babak aksi ini merupakan buah tangan terbaru pengarah prolifik Khabir Bhatia dan Nurhanisyam Muhammad. Remy mendedahkan sepanjang dia menjalani penggambaran drama ini, sudah tiga kali dia demam.
"Sepanjang penggambaran sudah masuk tiga kali saya demam. Sekarang pun saya masih belum sihat sepenuhnya. Pada mulanya, saya sangat teruja kerana drama ini bakal menampilkan sudut lain lakonan saya dengan banyak babak aksi dan sebagainya, namun begitu, lama kelamaan saya penat kerana saya menggunakan kekuatan fizikal dan mental. Walaupun saya penat, itu tidak menghalang saya untuk memberikan yang terbaik," tutur Remy lagi.
Ketika diminta mengulas adakah watak agresif ini bakal mengubah pandangan peminat sedangkan sebelum ini dia dikenali dengan watak romantik, Remy ada jawapan tersendiri mengenai perkara ini.
"Saya rasa apabila saya ambil watak sebegini, ianya tidak menjejaskan kerana saya yakin orang di luar sana pandai menilai. Saya tidak melihat orang minat saya kerana rupa, tetapi orang minat kerana mereka menghargai lakonan saya," jelas hero filem 'Cun' ini.
Drama bersiri 'Jiwa' ini dibintangi oleh Faizal Hussein, Kamal Adli, Remy Ishak, Siti Elizad, Sheila Mambo dan ramai lagi. Drama sebanyak 14 episod ini bakal menyusul selepas drama bersiri 'Aku'.
sumber: http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment