Bukan Majlis Cukur Jambul, Tapi Aqiqah Dan Khatam Al-Quran

[x]

Bukan Majlis Cukur Jambul, Tapi Aqiqah Dan Khatam Al-Quran

on Thursday 28 November 2013


“Saya tak pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengadakan majlis cukur jambul anak saya, jadi bila anda tanya bila majlis itu akan diadakan…saya tak tahu nak jawab apa.

“Sebelum ini pun keluarga saya tak pernah adakan majlis cukur jambul...Majlis tetap akan diadakan, tetapi majlis aqiqah bukan cukur jambul seperti yang didakwa,” kata Farid Kamil ketika ditanya mengenai majlis cukur jambul anaknya, Muhammad.

Farid ketika ditemui pada majlis Tontonan Akhir Jodoh Itu Milik Kita baru-baru ini memberitahu kepada pihak media dia beracadang untuk mengadakan majlis aqiqah anaknya serentak dengan majlis khatam Al-Quran oleh isterinya, Diana Danielle.

Bagaimanapun jelas Farid, dia masih belum mempunyai tarikh yang tepat untuk mengadakan majlis tersebut kerana Diana masih lagi dalam proses menghabiskan beberapa juzuk al-Quran."
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved