Aishah Ilias Tertidur Dalam Kubur

[x]

Aishah Ilias Tertidur Dalam Kubur

on Wednesday, 4 December 2013


Bukan mudah mahu mencipta nama sebagai pelakon. Banyak yang harus dikorbankan. Selain itu, usaha keras juga harus dilakukan. Dek kerana itulah, Aishah Ilias tertidur di dalam kubur gara-gara terlalu penat ketika menjalani penggambaran filem 'Paku'.yang bakal menjengah pawagam seluruh Malaysia bermula 12 Disember hadapan.

"Saya merasakan berlakon dalam filem ini merupakan satu cabaran untuk saya. Setiap babak merupakan babak yang besar. Ada babak emosi, ada babak cemas dan ada juga babak di dalam kubur. Akibat terlalu penat, semasa menjalani penggambaran untuk babak di dalam kubur, saya tertidur seketika semasa adegan tersebut berlangsung," kata Aishah ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana Filem 'Paku' pada Selasa.

Tambah pemegang watak Zafrina dalam drama bersiri 'Love You Mr. Arrogant' ini, melakonkan babak yang memerlukan dia menangis juga menjadi satu cabaran buat dirinya.

"Merealisasikan babak emosi juga merupakan antara cabaran yang harus saya hadapi. Saya kena menunjukkan emosi sedih dengan menangis setelah wajah saya disolek tebal bagi menjayakan watak Riana yang menjelma sebagai pontianak. Tapi dengan bantuan pengarah, pelakon-pelakon lain dan juga seluruh tenaga produksi, saya berjaya melunaskan semua tanggungjawab untuk menjayakan watak Riana," tutur Aishah lagi,

Sebagai pendatang baru, pasti ramai yang mahu mengenali gadis ini secara lebih dekat. Jadi tidak hairanlah ada yang ingin tahu sama ada Aishah sudah mempunyai teman istimewa atau sebaliknya.

"Saya merupakan seorang gadis yang mempunyai ramai kawan lelaki berbanding perempuan. Namun begitu, saya masih lagi bujang dan tidak mempunyai teman lelaki. Sudah empat tahun saya tiada teman lelaki. Saya masih lagi mencari teman istimewa," ujar gadis berusia 26 tahun ini.

Mengulas mengenai namanya yang tersenarai dalam pencalonan awal bagi kategori Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi 2013, Aishah menjelaskandia berasa amat terkejut dengan berita ini.

"Saya langsung tidak tahu. Sekarang baru saya tahu saya tersenarai dalam pencalonan awal. Itupun setelah diberitahu oleh pihak media. Sejujurnya, saya rasa sangat terkejut. Saya merasakan masyarakat di luar sana masih lagi belum mengenali siapa saya. Namun begitu, saya amat berterima kasih dan bersyukur," jelas Aishah.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved