Che Ta kena kuarantin, tak dibenar jumpa Zain hingga hari pernikahan

[x]

Che Ta kena kuarantin, tak dibenar jumpa Zain hingga hari pernikahan

on Sunday, 1 December 2013


Sebaik mengumumkan tarikh pernikahan pada 11 Disember ini, kita diberitahu pengurusan Rozita Che Wan atau Che Ta, pelakon dan pengacara itu akan dikuarantin sehingga hari bersejarahnya tiba.

Terkejut kita apabila diberitahu begitu.

Kenapa pula sampai harus kuarantin.

Adakah disebabkan mengumumkan jumlah belanja perkahwinan bernilai RM13 juta itu meletakkan Che Ta dan pasangannya, Zain Saidin dalam bahaya.

Bila kita tanya pengurus Che Ta sebabnya, dia hanya ketawa dan menjelaskan, di saat menghitung hari disatukan sebagai suami isteri, tidak manis sekiranya pengantin perempuan selalu bertemu bakal suami.
Mereka lakukan ini bagi mengikut adat.

Selepas mendengar penjelasan itu, kita pula ketawa.

Kata kita, amboi mengalahkan anak dara sampai hendak kena kuarantin bagai.

Tapi bagus juga begitu.

Maklumlah kata orang kalau pasangan cinta dipisahkan sebelum tiba hari disatukan akan membuatkan perasaan sayang semakin menebal.

Apa pula kata Zain apabila pengurusan Che Ta membuat syarat tidak membenarkan Zain berjumpa bakal isterinya sehingga tarikh pernikahan? Kata pengurusnya, memang Zain tidak bersetuju kerana tidak mampu menahan rindu.

Kalau boleh dia mahu bertemu kekasih hatinya selalu.

Dapat menatap wajah Che Ta saja pun cukuplah.

Dalam hal ini nampaknya pengurusan Che Ta sangat tegas dan mengugut Zain.

Kalau tidak mahu dengar kata, majlis batal.

Amboi, takut kita dengar awak.

Memanglah dalam zaman moden ini ramai orang sudah tidak percaya dengan perkara yang cuba dilakukan pengurusan Che Ta, tapi bagi kita bagus juga.

Maklumlah orang tengah darah manis macam-macam boleh jadi.

Kalau tidak berbuat begitu pun, pada kita Che Ta seorang wanita matang dan boleh memikirkan baik dan buruk setiap tindakan dibuat.

Kalau kuarantin dikenakan itu boleh mendatangkan kebaikan untuk pasangan ini, bagus kalau diikut.

Dihitung baki hari majlisnya pun akan berlangsung tidak lama lagi.

Apapun kita mahu ucapkan tahniah kepada pasangan ini awal-awal.

Semoga masjid dibina akan dikurniakan keberkatan dan dirahmati.

Amin!
Sumber: Harian Metro
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved