Sebagai figura yang sentiasa mendapat perhatian ramai, pelakon Elfira Loy sangat mementingkan kecantikan diri dan juga rambut. Walaupun usianya masih muda, Elfira yang baru berusia 19 tahun, mengakui dia banyak mengamalkan cara tradisional untuk penjagaan diri serta rambutnya.
1. Kerap menatarias rambut membuatkan pelakon kecil molek ini tidak lari dari masalah keguguran rambut. Justeru bagi mengatasi masalah tersebut, gadis berkening lebat ini menggunakan santan dan bunga raya sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk merawat rambutnya.

2. Selain itu, pelakon drama ‘Dalam Hati Ada Taman’ ini turut ke sebuah salun rambut untuk mendapatkan rawatan rambut. Menurut Elfira, dia gemar berkunjung ke salun number76 kerana salun tersebut menggunakan produk dari Jepun yang berasaskan air, di mana ia boleh merawat masalah kelemumur.
3. Elfira berkongsi dia akan pergi ke salun tiga hari sekali untuk mencuci rambut kerana menurutnya, jika rambut tidak dicuci dengan bersih ia boleh mengakibatkan masalah kelemumur.
4. Ramai yang beranggapan gadis kecil molek ini menggunakan pemutih untuk memiliki gigi putih bersinar. Namun menurut Elfira, dia hanya menggunakan garam kasar untuk menggosok giginya.

5. Bagi penjagaan badan, Elfira memberitahu sejak kecil dia menggunakan hampas kelapa sebagai scrub bagi melicinkan badan.
6. Menyentuh mengenai soal pemakanan, Elfira secara jujur mengakui tidak terlalu menjaga soal pemakanan kerana dalam usia muda, Elfira memberitahu metabolisme badannya masih tinggi dan buat masa ini dia hanya menitikberatkan soal luaran sahaja.
sumber: http://www.gua.com.my/seroja
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment