Baru sahaja beberapa hari lepas pasangan selebriti yang sedang hangat bercinta, Qi Razali dan Nelydia Senrose memuat naik gambar mereka berdua di laman Instagram. Kedua-duanya kelihatan bahagia sambil diselitkan dengan perbualan mesra menyatakan rasa cinta di laman Twitter.
Malah pada 30 November lalu, Qi dilihat setia menemani teman wanitanya itu ke majlis pra-tonton filem terbaru lakonan Nelydia berjudul Cinderella.
Bagaimanapun awal pagi tadi, Qi telah memuat naik beberapa status di laman Twitter miliknya seakan meluahkan perasaan kecewa terhadap sesuatu.
Qi secara tiba-tiba menulis kemaskini seperti ‘Celik- celik dah depan mata. Tak payah pening-pening dah. Good luck to both of you’ dan ‘Menerima hakikatnya, Redha’ sebelum dia memadam sebahagian daripada status yang telah dikongsikan.
Melihat kepada tindakan Qi itu, seorang peminat telah memberikan kata-kata semangat sambil mengingatkan pengacara tersebut tentang jodohnya dengan Nelydia.
Untuk pengetahuan anda, Qi juga telah berkongsi sekeping foto gelap berwarna hitam berserta caption‘Because a picture and a caption can kill you sometimes…’ pada malam tadi dipercayai mempunyai kaitan dengan kemaskininya di Twitter.
Dalam masa yang sama, seorang peminat Nelydia telah mengajukan soalan kepada aktres tersebut tentang kemunculan Sharnaaz yang dikatakan menganggu hubungannya dengan Qi.
Nelydia pantas memberi respon kepada soalan tersebut dengan mengatakan tiada sesiapa yang menganggu sesiapa.
Adakah ini salah satu gimik untuk drama terbaru lakonan Nelydia dengan Sharnaaz Ahmad berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta atau hubungan mereka sememangnya sedang dilanda masalah?
sumber: http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment