Johan As'ari Enggan Lakon Babak Ranjang

[x]

Johan As'ari Enggan Lakon Babak Ranjang

on Wednesday, 4 December 2013



Pelakon yang sedang hangat dilamun cinta, Johan As'ari menjelaskan dia kini enggan melakonkan babak ranjang atau pun babak berpelukan erat dengan pelakon wanita. Lakonan terakhir Johan yang memaparkan aksi ranjang ialah menerusi filem 'Paku' yang bakal ditayangkan pada 12 Disember hadapan.

"Selepas ini, saya enggan lagi melakonkan adegan ranjang dan aksi yang memerlukan saya berpelukan erat dengan wanita. Saya ingin memperbaiki diri saya agar menjadi lebih baik. Semuanya bermula daripada kepulangan saya dari mengerjakan ibadah Umrah pada April lalu. Saya sudah berazam untuk tidak lagi melakukan adegan-adegan sedemikian," ujar Johan memulakan perbualan.

Mengulas mengenai aksi intimnya bersama pelakon baru, Aishah Ilias dalam filem 'Paku', Johan menegaskan yang adegan tersebut merupakan perkara yang sudah berlalu.

"Saya jalani penggambaran filem ini sebelum saya mengerjakan ibadah Umrah. Bagi saya, adegan dalam filem tersebut adalah perkara lama yang dah berlalu. Apa yang penting saya tanamkan dalam diri saya sekarang adalah untuk berubah untuk kebaikan, sedikit demi sedikit," tutur Johan yang ditemui di TGV One Utama sempena Majlis Tayangan Perdana Filem 'Paku' pada Selasa.

Johan memegang watak sebagai Fahmi dalam filem keluaran Nusantara Seni Karya ini. Menurut Johan, cabaran yang dihadapinya semasa menjalani penggambaran filem ini ialah untuk merealisasikan karakter seorang suami.

"Cabaran untuk menyudahkan filem ini ialah untuk melakonkan watak Fahmi kerana dia merupakan seorang bapa dan suami. Realitinya, saya masih bujang dan belum berkahwin. Untuk babak emosi pula, semuanya air mata saya sendiri dan saya tidak menggunakan bantuan 'eye-mo' untuk menangis," seloroh Johan.

Belum Bawa Lana Jumpa Ibu Bapa

Menyentuh soal percintaanya lagi, Johan mendedahkan dia masih belum membawa Lana berjumpa dengan ibu bapanya.

"Sebenarnya, Lana sudah terlebih dahulu mengenali ibu saya sebelum saya mengenalinya. Bila saya akan membawa Lana berjumpa mereka, saya merasakan waktu itu akan sampai sendiri nanti," jelas Johan lagi yang ditemani Lana.

Sebelum ini,,Johan pernah dikaitkan dengan beberapa nama seperti Izreen Azminda, Fasha Sandha, Nabila Huda dan Shila Amzah. Namun begitu, Johan menangkis semua spekulasi yang timbul dengan menjelaskan bahawa hubungan yang dibina hanya berteraskan sahabat sahaja. Namun untuk kali ini, Johan sendiri mengakui dirinya sedang bercinta bersama Lana. Kiranya ini merupakan pengakuan cinta pertama Johan semenjak melangkah ke dalam dunia seni.

"Bagi saya, yang lepas biarlah lepas. Saya rasakan ini semua adalah fasa kehidupan. Saya sudah berada di tahap matang dan betul-betul serius. Jadi apabila saya kini sedang bersama Lana, saya berkongsi kepada semua," tutur Johan mengakhiri perbualan.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved