Johan As’ari Jelas Dakwaan Hubungan Tak Direstui Ibu

[x]

Johan As’ari Jelas Dakwaan Hubungan Tak Direstui Ibu

on Sunday, 1 December 2013


Hubungan cinta pelakon Johan As’ari dengan Lana Nordin bukan saja menggemparkan industri hiburan tanah air dengan keputusan lamaran Johan yang dibuat dalam waktu yang singkat, malah hubungan pasangan ini turut mendapat perhatian apabila timbul isu kononnya hubungan mereka dilarang keluarga.

Mengulas mengenai tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa ibu Johan tidak merestui hubungan yang terjalin antara Johan dan Lana, pelakon drama bersiri ‘Juvana’ ini ada jawapannya yang tersendiri.

“Ibu mana yang tak sayangkan anak dan mahu melihat anaknya gagal dalam sesuatu perkara lebih-lebih lagi melibatkan perkahwinan. Saya pasti dia mahukan yang terbaik untuk anak dia. Jika ibu restu saja, senanglah saya nak kahwin. Tapi, saya percaya apa yang ibu saya lakukan itu adalah untuk yang terbaik bagi diri saya.

Apa yang saya boleh katakan, hubungan kami tidak ditentang. Keluarga yakin dengan saya. Ayah bukan cakap tak setuju tapi dia beritahu kena kenal terlebih dahulu. Sudah tentu seluruh keluarga saya juga nak kenal pasangan saya dulu.

Sebagai anak, saya lihat inilah masanya untuk Lana sendiri mengambil peluang untuk membuktikan kepada keluarga saya. Saya sendiri rasa rugi untuk lepaskan wanita seperti ini, yang gigih berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah,” jelas Johan yakin apa yang berlaku adalah dugaan dari-Nya.

“Setiap ujian yang Allah bagi adalah berbeza dan Dia yakin kita mampu hadapi ujian itu. Bila perkara yang melibatkan bina masjid ini, Iblis sedaya upaya mahu meruntuhkan masjid yang kita nak bina. Saya kena muhasabah diri, berusaha kuat dan tunjuk tauladan yang baik. Lana pun kena terus kecap apa yang dia azam dan bila dia mencapai apa yang diniatkan, itu yang terbaik untuk diri dia,” tutur Johan yang akan tetap mengutamakan ibunya walau apapun berlaku.

"Apapun, ibu saya tetap nombor satu dan sempurna di hati saya. Bagi saya, ibu saya tidak ada gantinya. Saya sebagai anak kena buktikan yang saya adalah seorang yang matang dan dewasa, supaya kelak ibu saya nampak usaha gigih saya.

Apabila perkara itu (Lana berubah) berlaku, saya yakin hati ibu saya akan tenang dan akan bersetuju. Biarlah masa yang menentukan, InsyaAllah, mudah-mudahan. InsyaAllah, selagi belum dapat kebenaran dari kedua-dua belah pihak keluarga, selagi itu kami akan terus mengenali diri masing-masing.”

Lana ketika ditemui bagaimanapun enggan terlalu mengulas mengenai isu tersebut kerana menganggap perkara ini agak sensitif. Menurut wanita berusia 34 tahun ini, dia hanya mampu berdoa dan berharap agar semuanya berjalan dengan lancar.

“Kebetulan saya ada bertanya kepada Johan adakah mak dia bersedih sebab saya. Namun Johan jelaskan kepada saya sebenarnya ada saudara mereka yang meninggal dunia di Melaka. Apapun, saya serahkan kepada keluarga Johan sama ada mahu menerima hubungan kami atau tidak,” tutur Lana mengakhiri perbualan
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved