Lana Bukan Punca Mak Saya Sedih – Johan As’ari

[x]

Lana Bukan Punca Mak Saya Sedih – Johan As’ari

on Monday, 2 December 2013


Sebelum ini, industri hiburan tempatan pernah dikejutkan dengan gosip cinta Johan As’ari bersama penyanyi popular, Shila Amzah.

Bagaimanapun, pelakon muda ini dilihat telah beralih arah dan mengejutkan para peminat apabila memilih Lana untuk dijadikan pasangan hidupnya.

Susulan daripada itu, beberapa spekulasi telah timbul apabila ibu Johan, Datin Firdaus Datuk Abdul Kader memuatnaik sekeping foto yang menunjukkan bahawa beliau sedang bersedih hati. Adakah ini satu kebetulan?

Bagaimanapun, Johan yang ditemui di majlis berprestij Anugerah Skrin 2013, telah menjelaskan perkara sebenar berhubung perkongsian foto tersebut oleh ibunya di laman sosial.

Sebenarnya, foto tersebut tidak ada kena mengena dalam hal kami berdua. Ibu bukan bersedih pasal Lana. Ibu saya bersedih selepas mak saudara saya meninggal dunia di Melaka.

Selain itu, Johan turut menyatakan bahawa ahli keluarganya tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan untuk tidak menerima Lana. Malah, mereka memberi ruang kepada dirinya untuk lebih mengenali hati wanita pilihannya itu.

Untuk pengetahuan, Lana kini dalam perancangan untuk berhijab dimana perubahannya bukanlah atas dasar cinta semata tetapi atas kehendak sendiri.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved