Lana Nordin Mahu Berubah Bukan Kerana Johan

[x]

Lana Nordin Mahu Berubah Bukan Kerana Johan

on Sunday, 1 December 2013


Aktres yang mula dikenali menerusi drama bersiri 'Gol dan Gincu', Mazlina Hasan Nordin, 34 atau lebih popular dengan panggilan Lana Nordin menegaskan kenyataan mengenai dirinya yang bakal berhijab bukanlah datang dari dirinya sendiri. Menurut Lana, andai satu hari nanti terbuka pintu hatinya untuk berhijab, dia melakukannya kerana Allah dan bukan untuk memikat hati sesiapa.

"Kenyataan yang mengatakan bahawa saya akan berhijab bukanlah datang dari saya. Tidak pernah keluar dari mulut saya yang saya nak pakai tudung kerana Johan ataupun mahu memikat hati sesiapa. Sebelum ini, saya pernah mengatakan yang saya akan berhijab jika terbuka hati, namun apa yang pasti, saya akan pakai kerana diri saya sendiri yang ingin berhijrah, bukan sebab orang lain," jelas Lana ketika ditemui di Anugerah Skrin 2013, baru-baru ini.

"Saya tak mahu timbul dakwaan yang saya ingin berubah kerana untuk memikat hati seseorang. Kalau perubahan itu tidak ikhlas, tak guna juga. Mungkin perubahan itu datang dari niat kita sendiri, tak semestinya dari segi fizikal. Apapun, saya harap semua doakan yang terbaik untuk saya," tutur pelakon filem 'Chow Kit' ini sambil memberitahu Johan tidak pernah memaksanya untuk berubah.

“Dia tidak pernah bagi masa mahupun paksa saya untuk berubah. Saya berubah bukan kerana dia ataupun orang lain, tapi untuk diri saya sendiri. Saya sendiri yang nak berubah dan dia banyak menyokong saya. Tidak dinafikan pada hari pertama perkenalan kami, dia tegur cara pemakaian saya kerana setiap kali saya menghadiri apa-apa majlis, orang pasti akan lihat pemakaian saya.

Jadi, dia meletakkan syarat kepada saya agar tidak lagi memakai skirt. Saya hormat perkara itu dan tak pakai lagi. Dia juga tak pernah paksa saya pakai tudung. Saya tiada masalah dengan perkara ini dan boleh berlatih dari sekarang,” ujar Lana menolak kononnya dia mahu berubah kerana mahu memikat hati ibu Johan.

“Lebih baik saya buat kerana saya nak buat, bukan sebab nak menangkan hati ibu dia. Jika tidak, nanti nampak saya hipokrit. Saya tahu benda baik kalau buat lagi cepat lagi bagus, tapi saya akan cuba buat secara berperingkat,” jelasnya sambil disokong oleh Johan yang turut berada di sisi ketika ditemubual pihak media.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dia dah sopan dan tak pakai pewarna kuku lagi. Perubahan ini yang patut kita semua bersyukur. Dia buktikan diri dia betul-betul ada niat untuk menjadi seorang manusia yang baik, bukan di mata dia saja tapi di mata keluarga dia juga. Saya yakin dia lebih ke arah memikat hati dia sendiri untuk terus berubah, bukan sebab nak pikat hati ibu saya,” ujar Johan mengakhiri perbualan.
sumber: http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved