Aktor yang kini sedang menjalin hubungan cinta bersama Lana Nordin, Johan As’ari tidak kisah mengenai cakap-cakap orang mengenai hubungan cinta terbarunya bersama Lana. Sebelum ini, Johan dikatakan bercinta dengan Shila Amzah, namun kedua-dua mereka menafikan hubungan tersebut.
"Biasalah, orang lain berhak nak cakap apa yang mereka suka. Kalau mereka komen positif, baik bagi saya. Kalau negatif, perkara itu jadi rangsangan. Saya harap semua terus menyokong saya," jelas Johan ketika ditemui usai majlis Anugerah Skrin 2013 di Shah Alam, pada Jumaat.
Ketika ditemui, Johan turut memberikan komen mengenai Shila yang dikatakan memberi respon yang menimbulkan pelbagai spekulasi di laman Twitter dan Instagram miliknya dan ada yang mendakwa perkara itu ditujukan untuk Johan. Johan menganggap mungkin apa yang dikatakan oleh Shila menerusi laman sosial adalah nasihat buat dirinya.
"Saya anggap dia sahabat dan saya sayang dia macam adik saya sendiri. Dia nak cakap apapun, cakaplah. Saya tidak tahu nak komen apa mengenai hal tersebut. Kami tak pernah keluarkan kenyataan yang kami bercinta, namun jika dia cakap saya tipu, saya tak boleh nak buat apa.
Bagi saya, dia sedang melalui fasa kematangan hidup dan mungkin dia belum sampai tahap pemikiran orang dewasa. Walaupun dia sekat saya di Instagram, sayang saya tetap sama dari dulu sampai bila-bila. Apa saja yang ditulis oleh Shila, saya anggap ia sebagai satu nasihat," jelas Johan menafikan yang dia mempunyai agenda apabila berkawan dengan wanita.
“Saya tak pernah berkawan sebab ada agenda. Bagi saya, berkawan kena tulus di mana kejujuran dan keikhlasan penting dalam persahabatan. Sebagai lelaki, saya doakan yang terbaik dan cuba buat yang terbaik untuk diri saya dan untuk dicontohi orang lain. Apa yang berlaku selepas ini saya hanya mengharapkan yang terbaik, namun sekiranya kami dah habis mencuba untuk perbaiki diri masing-masing dan tiada jodoh antara kami, saya terima.”
sumber: http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment