Selena Gomez Marah Dengan Masalah Teknikal, Mencarut Di Pentas

[x]

Selena Gomez Marah Dengan Masalah Teknikal, Mencarut Di Pentas

on Wednesday, 18 December 2013

Penyanyi antarabangsa yang mulai popular kerana hubungannya dengan bekas kekasihnya, Justin Bieber telah pun melakukan konsert yang merantau ke negara-negara tertentu untuk mempromosikan album terbarunya. Tidak lain yang tidak bukan kami maksudkan adalah Selena Gomez.

Baru-baru ini beliau didapati telah mencarut di atas pentas kerana bengang dengan masalah teknikal yang dihadapi ketika persembahan di konsert KIIS FM’s 2013 Jingle Ball.

Beliau berharap agar untuk lagu seterusnya, masalah ini telah selesai dan mengatakan kepada peminatnya untuk terus menyokong persembahan beliau.

Walaupun sudah dikemukakan masalah teknikal tersebut kepada pihak penganjur, nampaknya ianya masih tidak selesai dan Selena terus lari ke belakang pentas dan menangis tanpa menghabiskan persembahannya yang sepatutnya bersama lagi dua lagu.

Nampaknya, bukan Malaysia saja selalu hadapi masalah teknikal di pentas. Luar negara juga tidak akan lari dari masalah sebegini.Cuma, kalau artis yang profesional, mungkin anda tidak patut mencarut di atas pentas.
sumber:http://rentakartis.com/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved