
JERTEH: Rombongan 27 orang termasuk pengantin lelaki yang dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Kota Baharu, Kelantan, berdepan detik menakutkan apabila bas sewa khas yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 104, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian 6.30 pagi itu, semua anggota rombongan dari Johor Baharu, Johor terbabit hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut.
Jurucakap polis Besut yang dihubungi Bernama mengesahkan kejadian dan berkata siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila bas itu cuba mengelak sebuah kereta yang hilang kawalan dan memasuki laluannya.
Akibat itu bas terbabit terbabas ke bahu kiri jalan dan terbalik, katanya.

Beginilah keadaan bas sewa khas yang membawa 27 ahli rombongan pengantin lelaki dari Johor Bahru termasuk pengantin untuk majlis perkahwinan di Kota Baru yang terbabas dan terbalik ke dalam sebuah parit di Kampung Gerai dekat Jerteh Terengganu kira-kira pukul 6.30 pagi Sabtu. Bagaimanapun kesemua penumpang termasuk pemandu bas hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Daerah Besut sebagai pesakit luar sahaja. - fotoBERNAMA
Sementara itu saksi kejadian, Badli Wahab, 33, berkata kejadian berlaku kira-kira 15 meter dari rumahnya di Kampung Gerai.
Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dan apabila menjengah keluar saya nampak sebuah bas terbalik dengan sebahagian badannya berada di dalam longkang yang dipenuhi air hujan, katanya kepada pemberita.
Menurutnya dia kemudian bergegas menyelamatkan mangsa. - BERNAMA
sumber: http://pilihan-anda.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment