Anggota Rap Indonesia Disimbah Asid

[x]

Anggota Rap Indonesia Disimbah Asid

on Wednesday 30 October 2013

Seorang anggota kugiran Indonesia disimbah asid ketika bermesra dengan peminatnya selepas satu pertunjukan di Malang, Jawa Timur, kelmarin.

Gambar menunjukkan Barry sebelum dan selepas disimbah asid.

Barry Manoch, anggota kugiran rap-rock sedang bermesra dengan peminat dalam sesi khas apabila seorang lelaki muncul dan melontar cecair pada mukanya, kata pengurus kumpulan itu, Inga Jaya Purda.

“Kami cuba mengejarnya tetapi dia dapat melarikan diri. Walaupun wajahnya dirakam CCTV, tetapi hingga kini lelaki itu masih belum ditangkap,” katanya.

Barry dibawa ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi.

“Menurut doktor, mukanya melecur dan mungkin mengambil masa tiga hingga empat hari untuk menjalani rawatan,” kata Inga.

Dia mengesahkan laporan bahawa muka Barry melecur 80 peratus.

“Penglihatan mata kirinya masih belum pulih sementara mata kanan, samar-samar,” katanya.

Jurucakap polis Malang berkata, mereka masih memburu penyerang itu. -Agensi
sumber: http://mygosiphub.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved