Tiga Pelajar Perempuan Minum Racun

[x]

Tiga Pelajar Perempuan Minum Racun

on Wednesday 30 October 2013


PUTRAJAYA: Akibat takut dikenakan tindakan disiplin, tiga pelajar perempuan bertindak melulu cuba membunuh diri dengan minum racun di sebuah sekolah menengah di Sungai Pelek, Sepang, dekat sini, semalam.Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, semua mangsa berketurunan India dan berusia 16 tahun, dipercayai bertindak demikian selepas pihak sekolah dikatakan mengenakan tindakan disiplin terhadap mereka.

Beliau berkata, kejadian itu dimaklumkan pihak hospital kira-kira jam 2 petang ketika ketiga-tiga pelajar itu sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Negeri Sembilan.“Mangsa dipercayai minum racun kerana takut dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah. “Mereka ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kawasan sekolah sebelum di hantar ke hospital untuk rawatan.

“Setakat ini, kita belum tahu jenis racun yang diminum, dan kes disiasat mengikut Seksyen 309, Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri,” katanya ketika dihubungi, semalam.Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus ketika dihubungi berkata, pihaknya belum mendapat maklumat mengenai kejadian itu, dan tindakan segera akan diambil untuk menyiasat.
sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved