Wanita mati dipercayai ditikam suami

[x]

Wanita mati dipercayai ditikam suami

on Monday 28 October 2013



Gombak: Seorang wanita mati, dipercayai akibat ditikam suaminya sendiri dalam pergaduhan di rumah mereka di Ladang Bukit Darah, di sini malam tadi.

Difahamkan, suspek adalah bekas banduan yang baru beberapa hari keluar penjara dan dikata menggunakan pisau untuk menikam isterinya beberapa kali dalam kejadian jam 9 malam itu.

Siasatan awal polis juga mendapati pasangan suami isteri itu dikatakan sering bergaduh.
Selepas ditikam, wanita itu dikatakan sempat berlari ke rumah jirannya dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan, namun mati beberapa minit kemudian. Penduduk yang menyedari kejadian itu kemudian menahan suami mangsa sebelum menyerahkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, ketika dihubungi BH, mengesahkan kejadian, namun belum mendapat laporan lengkap berhubung kes terbabit.

“Pihak forensik sedang menyiasat di lokasi kejadian dan keterangan beberapa saksi sudah diambil bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, polis juga sedang memeriksa rekod jenayah suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
sumber: http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved