Pelawak dan pengacara terkenal Zizan Razak mengakui pernah keluar menonton wayang bersama pelakon yang kini sering kali dikaitkan dengan dirinya, Emma Maembong.
Namun, Zizan mengatakan bahawa mereka tidak pernah keluar berdua sebaliknya mereka pasti akan ditemani oleh pengurusnya, Marina Juki.
“Ya memang betul saya keluar dengan Emma beberapa minggu lalu, tapi jangan salah faham saya bukan sahaja keluar dengan Emma tetapi dengan kawan-kawan saya yang alin, termasuklah pengurus saya. Tidak benarlah sekiranya dakwaan saya hanya keluar bersama dengan dia sahaja,” katanya Zizan memetik laporan portal Gua.
Zizan juga mendedahkan mereka berkawan rapat dan akan keluar makan dan menonton wayang bersama sekiranya mempunyai kelapangan waktu dan perjumpaan mereka turut disertai rakan-rakan dan juga pengurusnya.
“Kami hanyalah berkawan, tidak lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang ramai,” katanya.
Zizan dan Emma dikatakan mula berkawan rapat sejak sama-sama terlibat dengan filem terbaru arahan Mamat Khalid, Werewolf Dari Bangladesh yang akan menemui penonton pada tahun hadapan.
sumber: http://freeze98.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment